Wednesday, February 6, 2013

Garang dan mengancam


Generasi kelima BMW M5 2012 telah didedahkan baru-baru ini, bakal membuat kemunculan rasmi pertama di UK dan model saloon berprestasi tinggi itu boleh dilihat di Goodwood Festival of Speed yang akan berlangsung pada 1-3 Julai 2011. Ia menampilkan enjin paling berkuasa dari bahagian berprestasi tinggi Divisyen M BMW. 


Kemasan dalaman BMW M5 yang baru ini sangat memukau dengan ruangan kabinnya yang sangat luas. Melayu seperti kita yang bersaiz sederhana memang layak untuk mengatakan ianya sebuah kereta yang selesa dalam kelasnya. Enjin yang berkuasa tinggi 4.4 liter (4395cc) V8, mengeluarkan 560hp dari 5,750-7,000rpm dan kuasa tork berjumlah 680Nm hanya dari 1,500-5,750rpm. Enjin tersebut turut mengandungi teknologi M TwinPower Turbo, pengecas turbo twin-scroll, penyuntik bahan api secara langsung berketepatan tinggi dan sistem VALVETRONIC (sistem kawalan injap boleh ubah). Ianya merupakan kereta yang sangat berkuasa dan mempunyai kabin yang sungguh senyap dan selesa. wow.

jadi apa tunggu lagi. suruhla parents korang beli sebijik. hehe. .

Aiman Bazli, belila satu :p

No comments:

Post a Comment