Saturday, August 16, 2014

Wishlist

So nampaknya aku akan sambung belajar di unikl mfi, bangi. Sedar tak sedar dah tua dah aku. Dah boleh kahwin tapi better kahwin lambat sikitla kan. Bagi ekonomi kukuh dulu baru kahwin. so sebelum aku nak sambung degree ni aku nak mintak macam-macam la kat mak aku. hiks.

Laptop!!
laptop perlu kot. tapi tak tahu lagi nak beli jenis apa. aku bukan tahu sangat jenis2 laptop ni. takpela nanti aku survey dengan memember

Motor!!
yamaha 135lc. hahaha. kalau dapatla

kereta!!
haa dengar cite perodua nak keluar keta baru. Axia kot. nak satu! haha

dah tu je kot. tak over sangat kan. nanti dah kerja saya bayar balik eh mak.. ayah.. hihi

Throwback KMKN


Beberapa hari sebelum Final exam bermula. 

Wednesday, February 6, 2013

Garang dan mengancam


Generasi kelima BMW M5 2012 telah didedahkan baru-baru ini, bakal membuat kemunculan rasmi pertama di UK dan model saloon berprestasi tinggi itu boleh dilihat di Goodwood Festival of Speed yang akan berlangsung pada 1-3 Julai 2011. Ia menampilkan enjin paling berkuasa dari bahagian berprestasi tinggi Divisyen M BMW. 


Kemasan dalaman BMW M5 yang baru ini sangat memukau dengan ruangan kabinnya yang sangat luas. Melayu seperti kita yang bersaiz sederhana memang layak untuk mengatakan ianya sebuah kereta yang selesa dalam kelasnya. Enjin yang berkuasa tinggi 4.4 liter (4395cc) V8, mengeluarkan 560hp dari 5,750-7,000rpm dan kuasa tork berjumlah 680Nm hanya dari 1,500-5,750rpm. Enjin tersebut turut mengandungi teknologi M TwinPower Turbo, pengecas turbo twin-scroll, penyuntik bahan api secara langsung berketepatan tinggi dan sistem VALVETRONIC (sistem kawalan injap boleh ubah). Ianya merupakan kereta yang sangat berkuasa dan mempunyai kabin yang sungguh senyap dan selesa. wow.

jadi apa tunggu lagi. suruhla parents korang beli sebijik. hehe. .

Aiman Bazli, belila satu :p

Tuesday, February 5, 2013

Sumpah Bosan

memangla bosan kalau tak buat apa-apa kat rumah kan. Apa kata kita main teka teki pulak

1.Macam mana nak tentukan bahagian depan atau belakang sebatang  pokok?
2. Ada seekor ibu monyet nak melintas jalan, dia pimpin dua ekor anaknya. then, mereka pon melintas..
    Lepas dia melintas dia kira anaknya ada lima pulak. kenapa eh?
3. Ali hendak bunuh diri. Dia terjun dari puncak menara berkembar. Namun dia dapat mendarat dengan
    selamat. kenapa?





jawapan:
1. menyorok belakang pokok, tempat kita sorok tu la bahagian belakang pokok tu :D
2. monyet mana pandai mengira
3. Ali ialah seekor burung  

PRU13

Bila la PRU13 ni.. tak sabor nye.....

tadaaaa!!

Dah lama gila tak sentuh benda ni kan. wow, SPM dah lame habis. tengah tunggu result je ni. berdebar rasa hatiku ngeee.. takpe, doa adalah senjata utama orang islam, so aku akan sentiasa berdoa meminta pertolongan daripada Allah . Tidak lupa juga, aku akan doa kan buat semua rakan2 aku yang ambik SPM sekali ngan aku. . For those yang tengah tunggu result, jaga diri baik2. yang tengah kerja, kerja elok-elok. yang menganggur berjaya macam aku, buatla aktiviti yang sihat dan berfaedah kat rumah. jangan asyik buang masa je.

Yang penting, SOLAT jangan tinggal ;)